Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

100) BANTERAS RASUAH DALAM KALANGAN WARGA KERJA SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dan berapakah perbelanjaan yang peruntukkan bagi tujuan tersebut di atas?

    Program yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi membanteras rasuah dalam kalangan warga kerja Selangor bagi tahun 2022 adalah berjumlah 131 program dengan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM455,054. Senarai perincian program adalah seperti di Lampiran A:

Lampiran

Tiada Lampiran.