Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

97) TAMAN PERMAINAN YANG ADA RUANG BERCUCUK TANAM

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di beberapa negara Eropah gerakan komuniti rakyat setempat menggunakan kawasan tanah guna bersama untuk bercucuk tanam untuk lanskap dan makanan. Adakah Kerajaan merancang untuk memberi insentif untuk memajukan aktiviti komuniti seperti itu?

    PBT mengambil inisiatif dalam melaksanakan program kebun komuniti bagi menggalakkan komuniti bandar bercucuk tanam dalam kawasan yang optimum mengikut kesesuaian persekitaran. Di dalam syarat penubuhan kebun komuniti, ruang yang di gunakan untuk bercucuk tanam mestilah tidak menyebabkan kacau ganggu dan ketidakselesaan ke atas komuniti yang lain. Sehubungan dengan itu, hanya kawasan hijau atau rizab yang belum dibangunkan sahaja yang dibenarkan untuk diguna merujuk kepada semakan status kawasan oleh pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

    Antara keperluan dan kelengkapan yang disediakan adalah seperti benih tanaman, baja, kompos, tanah, tong air, dan peralatan pertanian yang bersesuaian bagi membantu pihak komuniti untuk membangunkan kebun komuniti yang berdaftar dan melibatkan mereka dalam pertandingan “edible garden” sebagai galakan untuk mereka terus menghidupkan program ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.