Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

92) CADANGAN TERAKHIR PEMBANGUNAN KG WARISAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apa pendirian Kerajaan Negeri terhadap cadangan rakyat yang mahukan ADUN Hulu Kelang menjadi penggembleng sumber, idea dan modal untuk menerajui menerajui satu Task-Force bagi pembangunan Kg Taman Warisan di Klang Gate tanpa sebarang bayaran?

    Dalam Rancangan Tempatan MPAJ (Pengubahan 2) 2020, tanah Kampung Taman Warisan di Klang Gate berstatus pertanian. Aktiviti yang dibenarkan bagi gunatanah pertanian di dalam Blok Perancangan Kecil 4.1 (dalam Rancangan Tempatan) adalah aktiviti pertanian komersial, homestead, bangunan bagi tujuan penyelidikan dan inap desa.

    Memandangkan pembangunan berada di dalam ruang anjakan 50 meter daripada sempadan rezab sungai, pembangunan perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

    MPAJ mengambil maklum mengenai inisiatif komuniti dalam membangunkan kawasan pembelajaran sungai termasuk mengadakan kawasan perkelahan, River Resources Centre – Open Classroom, dan kawasan riadah di kawasan berkenaan. MPAJ tiada halangan terhadap cadangan di atas selagi mematuhi syarat-syarat yang termaktub berdasarkan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri selangor bagi pembangunan pinggir sungai, syarat nyata tanah pertanian melalui Kanun Tanah Negara serta syarat bersabit impak pembangunan dan tebing sungai daripada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Lampiran

Tiada Lampiran.