Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

88) NAIKTARAF DEPAN TOKONG KWAN INN, JALAN RAYA BARAT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah MPK akan naiktaraf dan tambah ciri-ciri keselamatan di depan Tokong Kwan Inn, Jalan Raya Barat?

    Majlis Perbandaran Klang mempunyai cadangan untuk membaikpulih/ menaiktaraf jalan raya dan laluan pejalan kaki serta elemen-elemen keselamatan jalan raya (garisan jalan dan papan tanda lalulintas) disepanjang Jalan Raya Barat meliputi hadapan tokong berkenaan. Kerja ini didalam peringkat perolehan Majlis dan pelaksanaan kerja ini dijangka akan dimulakan pada bulan April 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.