Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

87) STATUS PROJEK OLAK LEMPIT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status projek Olak Lempit

    Projek Olak Lempit atau nama penuh Smart Selangor Agro Park (SSAP) Olak Lempit di Kuala Langat telah pun berada di peringkat akhir pembinaan di mana pada ketika ini hanya kerja-kerja pemasangan bekalan tenaga elektrik sahaja yang masih belum selesai. Projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Jun 2022. Berdasarkan maklumat daripada JKR dan TNB, projek ini terpaksa ditangguhkan kerana TNB menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kabel elektrik berkapasiti tinggi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

  2. Berapa ramaikah penternak akan dipindahkan ke Olak Lempit?

    Sembilan (9) penternak yang telah ditawarkan untuk berpindah ke SSAP Olak Lempit tetapi seorang penternak telah menolak tawaran ini atas alasan tidak mempunyai cukup sumber kewangan dan faktor keluarga. Maka itu, hanya lapan (8) penternak dijangka berpindah ke SSAP Olak Lempit

Lampiran

Tiada Lampiran.