Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

84) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan Marris yang telah digunapakai di bawah DUN Pandamaran pada tahun 2021.

    PDT KLANG

    Tiada peruntukan MARRIS Tahun 2021 di bawah DUN Pandamaran dimasukkan di bawah siling peruntukan PDT Klang. Tiada jalan di bawah DUN Pandamaran yang didaftarkan di bawah PDT Klang sehingga Tahun 2021. Sehubungan itu, tiada sebarang perbelanjaan dibuat untuk DUN Pandamaran oleh PDT Klang pada Tahun 2021.

    MPK

    Peruntukan Marris yang telah digunapakai di bawah DUN Pandamaran pada tahun 2021 adalah seperti berikut:-

    JKR

    Di bawah DUN Pandamaran, kerja-kerja penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS tahun 2021 telah dilaksanakan melalui perolehan sebutharga dan di bawah penyelenggaraan secara Kontrak Berpusat. Melalui proses sebutharga, peruntukan berjumlah RM684,281.95 telah dibelanjakan manakala di bawah Kontrak Berpusat pula peruntukan berjumlah RM2,784,198.78 telah dibelanjakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan di DUN Pandamaran pada tahun 2021.  Ini bermakna jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan bagi penyelenggaran jalan di DUN Pandamaran untuk tahun 2021 adalah berjumlah RM3,468.480.73.

    Senarai kerja-kerja tersebut adalah seperti berikut:-

    Perolehan Sebutharga

    Kontrak Berpusat

Lampiran

Tiada Lampiran.