Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
82) JAMBATAN BULATAN SIMPANG LIMA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah keputusan mengenai penukaran 'Railing' di bulatan Simpang Lima yang sering berlaku kemalangan menyebabkan kerosakan railing?
Lokasi yang dimaksudkan adalah di Laluan FT02, Seksyen 7.30 Persiaran Raja Muda Musa. Kerja-kerja pembaikan telah selesai dilaksanakan pada Julai 2020 dengan menggunakan peruntukan khas KKR berjumlah RM 400,000.00. Walau bagaimanapun terdapat kemalangan pada tahun 2021 dan menyebabkan kerosakan semula pada railling tersebut. Pihak konsesi dan JKR Klang telah menghantar permohonan peruntukan melalui Notification of Defect (NOD) bagi tahun 2022 berjumlah RM 100,000.00 untuk kerja baikpulih railling tersebut. Pembaikan akan dibuat selepas peruntukan diluluskan.