Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

80) BILIK PENCAWANG ELEKTRIK DI KUNCI AIR KELAB YACHT, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Jabatan Pengaliran dan Salairan akan naiktaraf pencawang elektrik di Kunci Air Kelab Yacht yang telah dilanda banjir kilat?

    Beberapa langkah seperti berikut akan diambil bagi memastikan tiada kemasukan air ke bangunan pencawang elektrik berdekatan di pintu air Yatch Club:-

    (i)    Ban di sekitar Pintu Air Yatch Club akan dinaiktaraf. Langkah ini berupaya mengawal aliran daripada saliran tersebut melimpahi ban sedia ada dan seterusnya membanjiri bilik pencawang elektrik TNB.

    (ii)    Mobile Flood Wall akan dipasang di pintu hadapan pencawang elektrik berdekatan pintu air Yatch Club.

    (iii)  Manakala, satu tembok penahan banjir telah dibina bagi menghalang kemasukan air laut melalui tempat letak kereta Yatch Club yang seterusnya mengalir ke pencawang elektrik TNB semasa fenomena air pasang besar yang melanda setiap tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.