Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
76) PERMIT KEGUNAAN UNTUK HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN SEBAGAI HUTAN TANI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini terhadap perancangan ini dan adakah GLC kerajaan akan dilibatkan bersekali untuk pembangunan kelestarian hutan simpan Kuala Langat Selatan dan kelestarian dan jaminan bekalan makanan yang mencukupi di Selangor?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke-39/2021 yang telah diadakan pada 17 November 2021 dan telah disahkan melalui MMKN Selangor Darul Ehsan Ke-40/2021 pada 24 November 2021 telah bersetuju untuk meluluskan pemberian Borang 4 (Permit Penggunaan) kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi tujuan perhutanan tani di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS). Lanjutan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah mengeluarkan surat kelulusan kepada PKPS pada 8 Disember 2021 dan sehingga kini, JPNS dalam proses menyediakan dokumen Permit Penggunaan kepada PKPS. PKPS yang turut bertindak sebagai GLC secara tidak langsung adalah terlibat dalam pembangunan kelestarian HSKLS dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi di Selangor.