Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
61) STRUKTUR TELEKOMUNIKASI TANPA KEBENARAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan MPHS terhadap tanah milikan MPHS di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu yang telah dicerobohi oleh sebuah syarikat untuk membina struktur telekomunikasi setinggi 24M?
Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 70(1) Akta 133 dengan No. Siri 3095 pada 14hb Januari 2022 jam 3.32 petang dengan arahan pihak telco perlu mengemukakan permohonan Pelan Bangunan (KM + PB) kepada pihak Majlis. Pihak telco juga perlu mengalihkan barang/perkakas menara telekomunikasi dengan kadar segera. Susulan dengan itu, Jabatan Bangunan telah menghubungi pihak syarikat untuk mengalihkan struktur serta merta. Sekiranya gagal, pihak Majlis akan mengaliskan struktur berkenaan dengan kos ditanggung oleh pihak syarikat. STRUKTUR BINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI DI SITA MPHS Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengambil tindakan sitaan terhadap barangan pembinaan struktur menara telekomunikasi milik Riyyalcom Sdn Bhd kerana didapati meletakkan barangan pembinaan tersebut di tempat awam tanpa kebenaran MPHS di atas kawasan lapang MPHS, Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 1 Mac 2022. Operasi yang bermula jam 9.05 pagi itu di anggotai oleh 2 orang kakitangan Jabatan Bangunan MPHS, 1 orang anggota penguatkuasa dan panel kontraktor yang dilantik oleh MPHS. Menurut Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, tindakan awal telah diambil oleh pihak majlis dengan mengeluarkan arahan notis pada 14.1.2022 supaya pemilik struktur mengalihkan/memindahkan struktur Menara telekomunikasi berkenaan dari lokasi tersebut. Setelah tempoh yang diberikan sudah tamat, kita dapati pemilik struktur gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Menurutnya lagi, tindakan sitaan telah diambil ke atas struktur menara telekomunikasi berkenaan dan di bawa ke Depoh Tahanan Penguatkuasaan untuk tahanan dan tindakan selanjutnya. Tindakan pengalihan/pemindahan ini telah dilaksanakan di bawah sek. 46(3), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974. Sebarang kerosakan dan kehilangan barangan yang disita atas risiko tuan pemilik struktur dan pihak Majlis tidak bertanggungjawab terhadap barang yang disita.
-
Bolehkah MPHS membenarkan MPKK atau penduduk menjualkan peralatan yang terbiar berbulan-bulan lama itu bagi memulihkan semula kawasan permainan kanak-kanak yang sedia ada?
Tidak boleh. Ini adalah tindakan MPHS dengan syarikat telekominkasi tersebut.