Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
54) SERVE SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila terangkan jumlah ahli, tugas dan fungsi SERVE Selangor.
Sukarelawan Selangor atau SERVE diwujudkan pada Ogos 2021 adalah bagi menggalakkan penglibatan komuniti di Selangor dalam kerja-kerja kemanusiaan. SERVE ini juga ditubuhkan bagi menyelaras pergerakkan sukarelawan di Selangor dalam persediaan kepada sebarang kemungkinan berlaku bencana seperti banjir, ketiadaan air dan ianya merupakan identiti kepada Kerajaan Negeri Selangor. SERVE ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Induk Penggerak Belia Selangor (PeBS) di bawah portfolio Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawan. Jumlah sukarelawan SERVE sehingga ke misi pasca banjir di Selangor tempoh hari mencecah 1,000 orang.
-
Sila terangkan cara penrekrutan ahli-ahli SERVE Selangor serta jumlah elaun yang dibayar kepada setiap individu SERVE ketika berkhidmat.
Secara dasarnya, Sukarelawan Selangor (SERVE) ini diletakkan di bawah kelolaan Penggerak Belia Selangor (PeBS). PeBS digalakkan untuk mengadakan program-program kemasyarakatan dan mempromosikan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, PeBS juga digalakkan untuk mendaftarkan individu yang berminat dengan kerja-kerja sukarela. Pendaftaran ahli SERVE tidak terhad kepada mana-mana syarat seperti bangsa dan umur. Pendaftaran ahli SERVE adalah melalui borang online yang telah diselaraskan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor. Bagi ahli SERVE, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khusus bagi bayaran elaun. Namun begitu, bagi setiap misi yang dilaksanakan, kebajikan dan keselamatan sukarelawan akan ditanggung. Kerajaan Negeri juga bersedia menerima sebarang cadangan penambahbaikan SERVE ini bagi menyemarakkan lagi amalan sukarela ini.
-
Sila senaraikan sukarelawan-sukarelawan SERVE di sekitar Petaling Jaya.
Bagi Sukarelawan Selangor (SERVE) di Petaling Jaya, pihak Majlis Sukan Negeri Selangor telah mengenal pasti sejumlah 55 orang. Pihak Majlis akan menyerahkan senarai nama kepada pihak Yang Berhormat melalui Penyelaras PeBS MSNS