Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
52) GERAN TANAH KAMPUNG CHEMPAKA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senarai kesemua permohonan geran tanah di Kampung Chempaka yang masih belum diselesaikan.
Senarai 17 permohonan pemberimilikan tanah yang masih belum selesai seperti di Lampiran A.
-
Sila nyatakan sebab-sebab permohonan tertunggak di mana geran tanah masih belum dikeluarkan walaupun sudah lama memohon.
Sebab-sebab permohonan masih belum diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri ialah:
i) Sedang di peringkat penyediaan kertas ringkasan MMKN (6 permohonan)
ii) Sedang di peringkat mendapatkan ulasan teknikal (8 permohonan)
iii) Ditangguhkan kerana terlibat dengan kes mahkamah (3 permohonan)