Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
51) AKTIVITI PROMOSI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila namakan jenis-jenis platform media sosial Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan promosi tentang aktiviti dan inisiatif bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Selain penyebaran di saluran utama iaitu akhbar Selangorkini, laman web (Selangorkini, Selangor Journal, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil) dan TVIDM di lokasi strategik, promosi juga dilakukan di platform media sosial iaitu:
- Facebook Media Selangor
- Facebook Selangor TV
- Tiktok Selangor TV
- Twitter Media Selangor
- Twitter Selangor Journal
- Twitter Selangor Mandarin
- Telegram Media Selangor
- WhatsApp: Media Selangor & Pejabat ADN – Comm
- WhatsApp: Group Exco & Media Selangor
- Instagram Media Selangor
-
Adakah Kerajaan Selangor juga melakukan apa-apa promosi di Tik Tok? Sekiranya ya, sila senaraikan nama akaun-akaun tersebut.
Ya, Kerajaan Selangor juga melakukan promosi di TikTok SelangorTV.Setakat 24 Mac 2022, Jumlah ‘Followers’ di TikTok adalah sebanyak 272,019. Manakala, jumlah ‘Likes’ adalah sebanyak 2.8 juta.