Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
44) UNIT PEMBEDAYAAN PEKERJA SELANGOR (UPPS)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apa kah aktiviti-aktiviti yang telah di lakukan dalam usaha mencapai objektif, visi dan misi unit tersebut?
Soalan (a), (b) dan (c) akan dijawab bersekali.
Sebagaimana Yang Berhormat Kota Damansara sedia maklum, Negeri Selangor Darul Ehsan telah beralih kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dimana kebanyakkan sektor sosio-ekonomi telah dibenarkan untuk beroperasi tertakluk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang berkuat kuasa semasa.
Namun begitu, kebenaran beroperasi sektor sosio-ekonomi semasa penguatkuasaan PPN Fasa 4 menuju endemik Covid-19 tidak menjamin peluang pekerjaan dan sumber pendapatan sama rata kepada golongan yang terjejas sepanjang penularan wabak pandemik Covid-19. Peluang pekerjaan dan punca pendapatan baru harus diterokai dan digunakan sebaik mungkin selari dengan keperluan dan kehendak semasa pasaran.
Memahami situasi semasa, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan satu portfolio baharu yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja Negeri Selangor. Jawatankuasa Tetap ini adalah berperanan dalam membantu rakyat di negeri Selangor khususnya yang mempunyai masalah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 30 / 2021 pada 8 September 2021, telah menimbang dan meluluskan penubuhan Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja bagi melancarkan pergerakan program kepada kumpulan sasaran.
Objektif penubuhan UPPS adalah sebagai perantara dan penggerak Kerajaan Negeri dalam menyediakan satu platform/ medium di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja Negeri Selangor dalam membantu rakyat negeri Selangor khususnya bagi mendapat bimbingan dan latihan dalam sektor pekerjaan serta menjalinkan usahasama strategik bersama jabatan dan agensi awam dan swasta serta Badan Bukan Kerajaan / Persatuan dan pihak-pihak yang berkaitan bagi membantu kumpulan sasaran.
Di bawah UPPS ini, fokus utama adalah tertumpu kepada golongan B40 yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan sahaja. Misi utama UPPS adalah untuk membantu pekerja-pekerja di negeri Selangor yang telah kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19 untuk mendapatkan kembali pekerjaan yang sesuai bagi menempuh kehidupan mendatang.
Memandangkan portfolio ini masih baharu ditubuhkan dan pelantikan kakitangan UPPS secara rasmi adalah pada 1 Oktober 2021, Jawatankuasa Tetap masih merangka dan memperhalusi beberapa cadangan program yang akan dijadikan sebagai program tahunan. Walau bagaimanapun, dalam tempoh lima (5) bulan beroperasi, UPPS telah berjaya menjalankan beberapa program serta menjalinkan usahasama strategik bersama pelbagai agensi / persatuan/ institusi pengajian yang berkaitan. Sehingga kini, satu pencapaian yang boleh dikira membanggakan apabila UPPS telah berjaya menempatkan seramai 350 pekerja di syarikat-syarikat tempatan seperti WestPort, Citylink dan sebagainya.
Selaras dengan visi UPPS bagi mengurangkan kadar pengangguran di negeri Selangor, bagi tahun 2022 Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja akan melaksanakan lebih banyak program-program dengan menerokai ruang dan peluang kerjasama strategik baru dengan pelbagai jabatan dan agensi agar agenda “Selangor Maju Bersama” dan matlamat bagi membantu golongan B40 yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 khususnya mereka yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan dapat dicapai.
Walau bagaimanapun, sejak penubuhan UPPS, pelbagai cabaran dan halangan telah ditempuh dalam usaha membantu rakyat di negeri ini medapatkan pekerjaan. Antara cabaran yang terbesar dalam membantu para pekerja yang terkesan di negeri ini adalah kurangnya kerjasama daripada beberapa jabatan dan agensi bagi menganjurkan sesuatu program. Tidak dinafikan bahawa, UPPS masih baru dan belum dikenali di negeri ini. Justeru, Kerajaan Negeri berusaha mempromosikan UPPS sebagai satu unit rasmi di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja di mana visi, misi dan objektifnya jelas untuk membantu pekerja di negeri Selangor bagi mendapatkan peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan statistik kadar pengangguran. Selain itu, kekurangan tenaga kerja juga adalah merupakan salah satu cabaran UPPS dalam mencapai objektif penubuhan unit ini. Memandangkan hanya Empat (4) orang pegawai sahaja yang mengendalikan pengurusan UPPS merangkumi seorang Ketua Penyelaras dan tiga (3) orang Pegawai Operasi, sedikit sebanyak perkara ini memberi kesan terhadap pengurusan kerja di bawah Jawatankuasa di samping peruntukan yang kecil. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa menganggap perkara ini adalah salah satu cabaran kecil yang perlu ditempuh oleh UPPS dalam mengejar matlamat bagi membantu pekerja di negeri Selangor untuk mendapatkan pekerjaan khususnya pada era pandemik ini. Selain daripada itu, dalam usaha UPPS membantu pekerja di negeri Selangor, terdapat segelintir rakyat yang tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan walaupun telah mempunyai saluran dan mereka lebih selesa memilih untuk tidak bekerja dan hanya semata-mata mengharap bantuan sumbangan daripada pihak Kerajaan. Dalam perkara ini, golongan tersebut akan disyorkan untuk mendapatkan sesi kaunseling daripada jabatan berkaitan bagi menerangkan betapa pentingnya pekerjaan dalam menempuh kehidupan mendatang. Di samping itu, cabaran terbesar yang tidak dapat dielakkan UPPS adalah untuk menarik minat pemohon untuk mengambil peluang pekerjaan sepenuh masa yang disediakan. Isunya adalah, gaji minima yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat masih rendah. Seperti semua sedia maklum, Gig Ekonomi sedang mengambil alih sedikit sebanyak tempat dalam pertumbuhan ekonomi negara. Pencari kerja lebih gemar menceburi bidang Gig Ekonomi disebabkan tawaran pendapatan yang lebih lumayan dibandingkan dengan pekerjaan sepenuh masa dan trend yang ditonjolkan oleh pekerja dalam memilih bidang kerja yang lebih fleksible tanpa perlu terikat dengan masa kerja yang ditetapkan oleh syarikat
-
Apa kah aktiviti-aktiviti yang akan di lakukan dalam usaha mencapai objektif, visi dan misi unit tersebut?

Apakah cabaran/halangan utama yang di hadapi oleh unit ini dalam usaha mencapai objektif, misi dan visi unit?