Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
35) MENAIK TARAF JAMBATAN YANG MENGHUBUNGKAN JALAN PASAR MALAM DENGAN JALAN PAIP DI BELAKANG SMK MERU
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaiktaraf atau membina jambatan baru di Jalan Pasar Malam belakang SMK Meru yang menghubungkan jalan Pasar Malam ke Jalan Paip?
Jambatan yang dimaksudkan berada di jalan negeri. Buat masa ini, pihak JKR Selangor tiada sebarang perancangan untuk menaiktaraf atau membina baru jambatan tersebut. Walaubagaimanapun, kajian keperluan (feasibility study) boleh dilaksanakan dan sekiranya ada keperluan yang tinggi, permohonan menaiktaraf atau membina baru jambatan ini akan dipohon kepada pihak UPEN Selangor di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12, RMKe-12 (Pindaan).