Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
32) PENGUATKUASAAN SEKSYEN 26(I) DAN (II) AKTA 172 DI MERU
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah pemilik tanah pertanian di Kampung Meru yang telah di ambil tindakan di bawah Seksyen 26 (i) (a) dan Seksyen 26 (i) (b) Akta 172 yang melanggar syarat penggunaan tanah pertanian dengan mendirikan rumah-rumah sewa dan penjualan lot-lot lidi yang bersifat aktiviti perniagaan?
Majlis Perbandaran Klang tidak mengeluarkan Notis/ Tindakan di bawah Seksyen 26 (i) (a) dan Seksyen 26 (i) (b) Akta 172. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Klang akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 18(1) dan Seksyen 19(1) Akta 172