Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
24) KESESAKAN LALU LINTAS PERSIARAN TUN TEJA UTAMA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas di Simpang Jalan Rawang ke Persiaran Tun Teja Utama?
Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Gombak telah mengambil tindakan membuat penetapan semula parameter lampu isyarat dengan memanjangkan tempoh lampu hijau di lokasi persimpangan dari Persiaran Tun Teja Utama ke laluan FT001 Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim bagi membantu mengurangkan masalah kesesakan di lokasi tersebut. Sistem Loop Sensor di lokasi tersebut juga berfungsi dengan baik.