Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

15) KELONGGARAN PENGGUNAAN FASILITI MILIK PBT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan dapat memberikan kelonggaran kepada Ahli Parlimen / ADUN / Ketua Kampung untuk menggunakan fasiliti PBT secara percuma bagi tujuan aktiviti kemasyarakatan?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor sentiasa mengambil pertimbangan bagi sebarang permohonan oleh Ahli Parlimen / ADUN / Ketua Kampung untuk memohon kelonggaran seperti kadar sewaan dewan bagi tujuan yang melibatkan program kemasyarakatan. Ahli Parlimen / ADUN / Ketua Kampung dibenarkan menggunakan fasiliti milik Majlis bagi tujuan aktiviti kemasyarakatan. Permohonan bagi sebarang kelonggaran atau penggunaan secara percuma boleh dibuat secara rasmi kepada PBT secara bertulis.

    Keperluan permohonan penggunaan tersebut, sekiranya melibatkan aktiviti kemasyarakatan merangkumi pihak Kerajaan Persekutuan, mestilah diselaraskan juga dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2020 pada 19 Ogos 2020 yang telah disahkan oleh MMKN ke 31/2020 pada 26 Ogos 2020 yang bersetuju agar semua program-program Kerajaan Persekutuan yang melibatkan Jabatan dan Agensi di Negeri Selangor termasuk program yang melibatkan Menteri Kerajaan Persekutuan perlu mendapat kelulusan YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap yang berkenaan atau MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.