Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

10) BANTUAN HIJRAH SELANGOR KEPADA PEMINJAM YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peminjam Hijrah Selangor yang terjejas akibat banjir ? Perincikan mengikut Daerah.

    Jumlah peminjam Hijrah Selangor yang terjejas akibat banjir adalah seramai 902 orang. Berikut adalah perincian mengikut setiap Daerah.

    Bil Daerah Bilangan Peserta
    1. Sabak Bernam 0
    2. Kuala Selangor 66
    3. Klang 206
    4. Petaling 386
    5. Kuala Langat 98
    6. Sepang 120
    7. Hulu Langat 23
    8. Gombak 1
    9. Hulu Selangor 2
    Jumlah Keseluruhan 902
  2. Apakah strategi Hijrah Selangor bagi membantu peminjam Hijrah yang mengalami kerosakan kedai dan barangan jualan akibat banjir tempohari?

    Bagi peminjam Hijrah yang mengalami kerosakan kedai dan barangan jualan akibat banjir bulan Disember lalu, Hijrah Selangor telah melaksanakan moratorium bayaran balik selama 2 bulan bermula 22hb Disember 2021 sehingga 15 Februari 2022 bagi meringankan beban bayaran balik peserta yang terjejas akibat banjir.

    Selain daripada itu, Hijrah Selangor juga menawarkan Skim Pelan Pemulihan Pembiayaan dimana peserta Hijrah yang terjejas dengan bencana banjir boleh membuat penjadualan semula bayaran pinjaman  bagi mengurangkan jumlah bayaran balik mingguan dengan tempoh maksima sehingga 5 tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.