Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
3) PERANAN NGO DALAM MISI PASCA BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan NGO yang terlibat dalam pasca banjir tempohari?
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah membuka Pusat Koordinasi Sukarelawan Selangor (SERVE) pada 19 Disember 2021. Tujuan pusat koordinasi ini adalah untuk menyelaras bantuan kepada mangsa-mangsa banjir pada fasa pasca banjir dengan fokus utama adalah bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan kediaman. Dalam tempoh 19 Disember 2021 hingga 8 Januari 2022, sejumlah 959 orang sukarelawan daripada NGO digerakkan bagi misi ini. Namun, jumlah sebenar NGO yang terlibat adalah melebihi yang dinyatakan kerana terdapat banyak NGO yang bergerak tanpa melalui PKSS.
-
Senaraikan NGO yang terlibat dalam pasca banjir di Selangor.
Antara agensi/NGO yang aktif membantu adalah seperti;
1) Pertubuhan Kebajikan Bekas Jurulatih &
Pelatih PLKN
2) ST Rosyam Mart & Suhan Movies
3) Cyberlink College Team
4) SWIFT Logistic TA Sdn Bhd
5) Persatuan Pelajar daripada UiTM, UKM, UPM,
UIA