Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
264) GURU KAFA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkini guru KAFA?
Jumlah guru KAFA di Selangor pada tahun 2022 adalah seramai 7,000 orang merangkumi 4,200 orang yang menerima elaun dari kerajaan negeri Selangor manakala 2,800 pula menerima elaun dari JAKIM.
-
Bagaimanakah kerajaan memastikan kebajikan guru-guru KAFA terbela di Negeri Selangor?
Berikut antara keistimewaan guru KAFA Selangor yang telah dinikmati melalui kelulusan Jawatankuasa Pelaksana KAFA negeri Selangor.
1. Menerima Elaun Tanggungjawab kepada Ketua Guru sebanyak RM150.00 dan Guru Penolong Kanan 1 & Hal Ehwal Murid sebanyak RM80.00 sebulan.
2. Kebenaran melanjutkan pelajaran ketika dalam tempoh perkhidmatan.
3. Skim Kebajikan Guru KAFA yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) terdiri daripada:
a. Tuntutan rawatan dan kemasukan wad untuk Guru KAFA yang mengalami kemalangan atau keilatan.
b. Tuntutan kematian untuk Guru KAFA yang kehilangan pasangan atau anak kematian akibat kematian atau kematian Guru KAFA itu sendiri yang boleh dituntut oleh warisnya. (RM5000 bagi setiap kes)
4. Cuti Guru KAFA yang bersalin berelaun penuh (sebanyak 3 kali bersalin dalam perkhidmatan).
5. Cuti Guru KAFA lelaki yang isterinya bersalin akan mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod sebanyak 3 hari.
6. Cuti Sakit Berpanjangan sebanyak 270 hari sepertimana yang terpakai untuk kakitangan guru tetap (90 hari berelaun penuh, 90 hari separuh elaun dan 90 hari tanpa elaun).