Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

260) JENAMA EHSAN PKPS

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sejarah jenama Ehsan ini dan bandingkan produk-produknya dengan jenama-jenama yang lain seperti di pasaran?

    Jenama ‘Ehsan’ dihasilkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebagai jenama untuk memasarkan produk pertanian dan makanan yang dihasilkan oleh PKPS serta pengusaha produk tempatan khususnya dalam kalangan rakyat Selangor. Jenama ‘Ehsan’ diambil bersempena dengan gelaran Negeri Selangor Darul Ehsan; yang bermaksud keperihatinan, di mana produk yang ditawarkan adalah berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan.

    Jenama berkenaan telah didaftarkan kepada pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada September 2021 dan telah dilancarkan secara rasmi oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah pada November 2021

    Jenama Ehsan merangkumi produk-produk pertanian dan makanan seperti berikut;

    i. Ayam segar.
    ii. Buah-buahan.
    iii. Sayur-sayuran.
    iv. Daging.
    v. Minyak Masak.
    vi. Beras.
    vii. Sos Cili.
    viii. Kicap.
    ix. Kordial.
    x. Air Mineral.
    xi. Baja Kompos Organik

    Selain daripada itu beberapa produk lain juga sedang dibangunkan untuk dipasarkan dengan jenama ini.

    PKPS sedang merangka strategi untuk menjadikan produk Ehsan setanding dengan jenama tempatan lain seperti Saji, Adabi, Agromas dan sebagainya.

    Contoh perbandingan adalah produk Baja Organik Ehsan yang mempunyai kandungan nutrien yang lebih baik berbanding jenama komersil lain namun dijual pada harga lebih murah iaitu RM5.00 per kilogram. Terdapat jenama lain menjual produk sama dengan harga sehingga RM25.00 per kg

  2. Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk memasarkan jenama Ehsan ke seluruh Malaysia?

    Pemasaran jenama Ehsan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Sektor Perniagaan dan Pemasaran serta Bahagian Komunikasi Strategik PKPS yang akan melaksanakan kempen promosi berpanjangan melalui kaedah konvensional dan digital.

    Selain daripada itu, PKPS sedang berunding dengan beberapa rakan usahasama korporat terdiri daripada industri peruncitan dan dan pasar raya terkemuka untuk memasarkan produk-produk Ehsan ke seluruh negara

Lampiran

Tiada Lampiran.