Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

259) NON REVENUE WATER (NRW)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar peratusan NRW terkini.

    Purata kadar NRW bagi tahun 2021 adalah kurang daripada 28%.

  2. Apakah perancangan jangka masa pendek dan panjang bagi menurunkan kadar peratusan tersebut?

    Sasaran kadar NRW pada tahun 2022 adalah 27%, manakala sasaran pada tahun 2025 adalah 24%. Pelaksanan program NRW diteruskan melalui program secara ‘in house’ sejak tahun 2017:

    Perancangan Jangka Masa Pendek

     Pengesanan dan pembaikan kebocoran (‘active leakage control’) di paip utama dan paip agihan
     Pengurusan tekanan air dalam sistem agihan
     Penggantian meter

    Perancangan Jangka Masa Panjang

     Penggantian paip utama kritikal
     Penggantian paip komunikasi

Lampiran

Tiada Lampiran.