Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

258) MASALAH IWK DI DAERAH GOMBAK

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Taman Paragon Utama Daerah Gombak mengalami masalah IWK selama bertahun-tahun, di mana setiap kali hujan lebat, sisa najis akan keluar ke jalan. Apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan penduduk di situ dapat hidup dalam keadaan yang bersih?

    Untuk makluman Yang Berhormat,

    1. Taman Paragon Utama telah dikeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki bangunan pada 03.01.2021 No.Siri Sijil: MPS:B 01271.

    2. Surat sokongan Sijil Kelayakan Menduduki daripada Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd untuk kerja-kerja pembentungan dikeluarkan pada 14.04.2012 No. Rujukan : IWK/C/SEL.8/02/22(9)

    3. Majlis telah merujuk kepada Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd pada pada 02 Julai 2021 untuk tindakan susulan di tapak.

    4. Indah Water Konsortium Sdn. Bhd telah mengemukakan maklumbalas kepada Majlis pada 16 Julai 2021.

    5. Berikut adalah maklumbalas daripada Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. :

    5.1 Satu mesyuarat dan lawatan tapak telah diadakan pada 23 Februari 2021 yang turut dihadiri oleh YB Puan Elizabeth, wakil Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Wakil pihak Suruhan Perkhidmatan Air Negara (SPAN), wakil Agensi Perakuan Pembentungan Selangor (APP Selangor), pihak pelikuidasi Boardroom Advisory Sdn. Bhd dan wakil penduduk.

    5.2 Semakan rekod pihak APP Selangor dan pemeriksaan tapak Loji Rawatan Kumbahan (LRK) tersebut mendapati;

    i) LRK di pembangunan ini adalah bersifat / berstatus persendirian (private) (masih di bawah penyelenggaraan dan milik pemaju).
    ii) Pemeriksaan tapak mendapati LRK tersebut tidak diselenggara dengan baik dan sebahagian peralatan telah tidak berfungsi.

    5.3 Mesyuarat tapak tersebut juga mengambil maklum beberapa perkara iaitu;

    i) Cadangan untuk menyerahkan LRK tersebut kepada Unit Operasi IWK Gombak oleh pihak pemaju asal. Walau bagaimanapun LRK dan sistem paip pembetungan yang berada di keseluruhan taman perumahan tersebut juga perlu diperbaiki sepenuhnya mengikut piawai dan rekabentuk yang telah diluluskan sebelum ianya boleh diserahkan kepada Unit Operasi IWK Gombak.

    ii) Cadangan rasionalisasi LRK kepada LRK awam terdekat iaitu (GBK 010) dan kos pembinaan juga perlu ditanggung oleh pihak pemaju asal.

    6. Susulan daripada maklumbalas tersebut, Majlis telah membawa perkara ini di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur MPS bil15/02/2022 dan mesyuarat memutuskan Majlis perlu mengadakan mesyuarat susulan bersama IWK dan agensi yang berkaitan. Majlis juga telah menghubungi pihak IWK dan IWK memaklumkan akan memberikan maklumbalas pada bulan Mac 2022 serta akan mengadakan mesyuarat susulan pada bulan Mac 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.