Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
255) SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah skim selepas penjajaran semula tahun 2022 dan kos keseluruhan mengikut skim IPR bagi tahun berakhir Disember 2021.
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Air Tawar, 33 Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri setelah penjajaran dilaksanakan pada tahun 2019. Sehingga tahun 2021, sebanyak 31 IPR telah dilaksanakan, walaupun wabak pandemik COVID-19 melanda dan menjejaskan norma kehidupan rakyat. Perbelanjaan bagi pelaksanaan 31 IPR ini adalah berjumlah RM 227,545,506.79. Senarai perbelanjaan mengikut program IPR adalah seperti di Lampiran yang disertakan bersama.
Bagi tahun 2022, terdapat penambahbaikan bagi beberapa program IPR sedia ada dan terdapat juga pengenalan inisiatif dan program baharu yang diwujudkan sejajar dengan keadaan semasa di Negeri Selangor. Terdapat beberapa program IPR yang ditambah baik pada tahun ini, antaranya Iltizam Sihat Selangor, Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANiS) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Bagi inisiatif dan program baharu tahun 2022, sebanyak 10 program yang akan diperkenalkan iaitu:
i. Geran Padanan Digital SIDEC
ii. Iltizam Peneroka Bandar (Agensi pelaksana: LPHS)
iii. Iltizam Anak Selangor (Agensi pelaksana: YAWAS)
iv. Iltizam Mahasiswa Selangor (Agensi Pelaksana: BPSM, SUK)
v. Dana Bantuan Guaman Selangor (Agensi pelaksana: UPEN/ Selangor Bar)
vi. Pusat Kehidupan Berdikari (Agensi pelaksana: YAWAS)
vii. Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS) (Agensi Pelaksana: PPAS)
viii. Saring Selangor (Agensi pelaksana: UPEN/ SELCARE)
ix. Ujian Saringan Kanser (CANSel) (Agensi pelaksana: UPEN/ SELCARE)
x. Pemeriksaan Kesihatan Mata (Agensi pelaksana: UPEN)Kerajaan Negeri sememangnya sedia dan sentiasa ingin memastikan rakyat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa di samping membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka kepada yang lebih baik dan cerah di masa hadapan melalui manfaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.