Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

250) JETI NELAYAN SUNGAI TANJUNG MEDAN SUNGAI PANJANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pengunaan jeti tersebut?

    Berdasarkan semakan LUAS, Jeti Nelayan Sungai Tanjung, Sungai Panjang tiada dalam rekod bancian atau inventori yang dijalankan oleh LUAS bersama-sama wakil Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

  2. Adakah kerajaan boleh menyediakan peruntukan untuk menaiktaraf dan membaikpulih jeti tersebut?

    Peruntukan bagi menaiktaraf dan membaikpulih jeti tersebut boleh dimohon kepada Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Infrakstruktur dan Kemudahan Awam, Pertanian dan Perladangan dan Asas Tani atau Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, program menaiktaraf dan membaikpulih hanya boleh dijalankan setelah jeti ini mendapat kelulusan daripada agensi yang terlibat seperti PTD Kuala Selangor, MPKS dan LUAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.