Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

243) SISTEM PENGGERA (SIREN) BENCANA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai sistem penggera (siren) bencana ?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS mempunyai sebanyak 103 sistem pengera (siren) banjir.

  2. Adakah sistem penggera (siren) bencana masih berfungsi ?

    61 stesen sistem penggera (siren) banjir masih berfungsi dengan baik, manakala 42 stesen sedang diselenggara dan dijangka siap pada bulan Julai 2022

  3. Nyatakan lokasi sistem penggera (siren) bencana yang terdapat di negeri Selangor.

    Lokasi sistem pengera (siren) banjir adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.