Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
242) PEWARTAAN SEMULA HSKLU
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status terkini tentang pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan Soalan daripada Y.B. Tuan Ronnie Liu (ADN Sungai Pelek).
Status terkini pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) adalah Kertas MMKN telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk mendapatkan pertimbangan MMKN selanjutnya. Penyediaan kertas MMKN ini adalah hasil daripada perbincangan bersama agensi-agensi teknikal seperti Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor (JUPEM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Perbincangan ini adalah bagi memperincikan kawasan cadangan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang akan diwarta semula sepertimana keputusan MMKN Ke-30/2021 pada 13 September 2021 yang lalu
-
Apa masalah yang menyebabkan kelewatan pewartaan semula tersebut?
Proses pewartaan semula HSKLU ini telah melalui prosedur-prosedur yang sewajarnya bagi memastikan tiada lagi sebarang cadangan penyahwartaan HSKLU selepas ini. Proses pewartaan semula HSKLU dijangka akan selesai dalam masa yang terdekat.