Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

234) JEJANTAS JALAN BATU UNJUR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan JKR untuk pembinaan jenjantas di Jalan Batu Unjur yang telah dicadangkan pada tahun 2019?

    Tiada sebarang permohonan yang diterima untuk pembinaan jejantas di Jalan Batu Unjur, Pandamaran Jalan Persekutuan FT3218 pada tahun 2019, Walaubagaimanapun, pihak JKR Selangor akan membuat kajian awal berhubung keperluan pembinaan jejantas ini. Sekiranya terdapat keperluan bagi pembinaan jejantas ini, permohonan akan diangkat di bawah Program Naiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya kepada Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan seterusnya ke Kementerian Kerja Raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.