Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

232) LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di bahagian Seksyen 1, 2, 3 dan 4?

    Status terkini peratus kemajuan pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat bagi seksyen yang terlibat sehingga 25 Januari 2022 adalah seperti berikut:

    Kelewatan yang berlaku, antaranya disebabkan isu pengambilan tanah di Seksyen 1 dan Seksyen 2 yang baru diselesaikan dan di Seksyen 3 yang belum selesai melibatkan lot langgar syarat. Kemajuan pembinaan juga agak terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi mengekang pandemik Covid-19. Pada masa kini, kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di bahagian jajaran yang belum dibuka melibatkan kerja tanah, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun, turapan, kerja mekanikal dan elektrik, perabot jalan, bangunan dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.