Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
227) BANTUAN BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pemberian Bantuan Selangor Bangkit kepada mangsa banjir dalam tempoh penularan COVID-19 yang semakin meningkat?
Kerajaan Negeri Selangor telah menguruskan pengagihan BSB kepada semua penduduk yang terkesan dengan bencana banjir pada Disember 2021, di mana Kerajaan telah memutuskan supaya agihan dapat diselesaikan pada 28 Februari 2022. Selepas tarikh tersebut, penyerahan sumbangan akan dibuat secara EFT kepada penerima yang tidak berkesempatan menghadiri sesi penyerahan sumbangan yang telah diatur oleh PDT.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pemberian Bantuan Selangor Bangkit kepada mangsa banjir dalam tempoh penularan COVID-19 yang semakin meningkat?
Sub-soalan telah ditolak