Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
224) BANTUAN BENCANA BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis-jenis bantuan yang Kerajaan Negeri Selangor berikan kepada mangsa-mangsa bencana banjir besar yang berlaku baru-baru ini?
Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk Bantuan Selangor Bangkit (BSB) untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir yang berlaku pada Disember 2021. Sehingga 7 Mac 2022, sejumlah RM115,992,000.00 telah diagihkan kepada semua mangsa banjir yang terkesan serta kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.
-
Berapakah jumlah mangsa yang telah menerima dan masih belum menerima?
Sehingga 7 Mac 2022, jumlah mangsa telah menerima BSB adalah sebanyak 115,852 KIR dan 14 orang waris mangsa meniggal dunia. Selepas tempoh tersebut, mana-mana KIR yang masih belum menerima BSB akan diuruskan secara Electronic Transfer Fund (EFT).
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri memastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan yang telah diumumkan?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memastikan setiap mangsa yang terkesan akan menerima bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan, di mana tarikh tutup permohonan BSB telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022. Dalam masa yang sama, Pejabat Daerah dan Tanah telah menggerakkan kakitangan untuk menjalankan bancian dari rumah ke rumah bagi memastikan setiap mangsa yang terkesan menerima bantuan yang sewajarnya.