Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
219) DEWAN ORANG RAMAI BANDAR BARU SELAYANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kemajuan terkini usaha membina Dewan Orang Ramai di Bandar Baru Selayang?
Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pembangunan Kompleks Komuniti Bandar Baru Selayang ini terletak di kawasan Bandar Baru Selayang bersebelahan medan selera MPS. Tapak merupakan tanah simpanan kerajaan yang boleh diakses melalui Persiaran 2. Pihak Majlis Perbandaran telah mengemukakan surat permohonan pewartaan tanah kerajaan sebagai tapak dewan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada 4 April 2021.
Tapak dewan ini berkeluasan anggaran 2.5 ekar, akan dibangunkan kompleks komuniti yang dilengkapi dengan gelanggang badminton, tadika dan bilik fail MPS. Untuk tujuan ini, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telahpun meneliti lokasi tersebut dan dalam proses untuk menghantar permohonan MPS ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bagi tujuan pewartaan.