Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

215) JENJANTAS DEPAN PANGSAPURI SRI BAYU, JALAN BATU UNJUR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Jabatan Kerja Raya dapat membina sebuah jenjantas di depan pangsapuri Sri Bayu kerana ramai penunggang motorsikal merentasi Jalan Batu Unjur secara haram dan bahaya?

    Pihak JKR Selangor akan membuat kajian awal berhubung keperluan pembinaan jejantas di depan pangsapuri Sri Bayu, Jalan Batu Unjur, Pandamaran Jalan Persekutuan FT3218. Sekiranya terdapat keperluan bagi pembinaan jejantas ini, permohonan akan diangkat di bawah Program Naiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya kepada Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan seterusnya ke Kementerian Kerja Raya.

  2. Nyatakan sebab-sebab jika tidak.

    Pelaksanaan projek pembinaan jejantas ini adalah tertakluk kajian kemungkinan dan kelulusan dari Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.