Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
212) BANJIR KILAT SUNGAI BAKAU
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca banjir kilat kerap berlaku di Kg Sg Bakau dan Bandar Country Homes?
Selain daripada faktor hujan sangat lebat dalam masa singkat, peningkatan aras air sungai menyebabkan aliran air sistem saliran dalaman tidak dapat keluar dengan lancar. Kapasiti saliran dalaman tidak mampu menampung pertambahan air larian dalam masa singkat.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi penyelesaian isu banjir kilat di Kampung Sungai Bakau dan Bandar Country Homes?
Perlu menaik taraf sistem dalaman. Pihak JPS juga akan melihat semula bahagian Sg. Bakau yang boleh dinaik taraf.