Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
211) PREMIS UZUR MPK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah sebarang perancangan untuk penaiktarafan Gerai Makanan Pekan Kapar yang sudah uzur?
Majlis Perbandaran Klang mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Gerai Makan di Pekan Kapar. Walaubagaimanapun, tanah lot gerai berkenaan masih berstatus tanah kerajaan dan pihak Majlis sedang memohon pemilikan tanah tersebut dan masih didalam proses tindakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Ini menyebabkan perancangan menaiktaraf gerai berkenaan ditangguhkan sehingga kini.
-
Bagaimana pula dengan gerai-gerai PLB agar lebih berdaya saing? Berapakah bilangannya di Daerah Klang khasnya DUN Sementa? Senaraikan.
Jumlah keseluruhan gerai Pembangunan Luar Bandar (PLB) yang terdapat di kawasan Majlis Perbandaran Klang adalah sebanyak 229 unit. Daripada jumlah tersebut sebanyak 64 unit terletak di dalam kawasan DUN Sementa.