Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
208) BANJIR KILAT YANG KERAP DI KAMPUNG BARU CINA BATU 14 HULU LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering melanda Kampung Baru Cina Batu 14 Hulu Langat?
Hasil semakan mendapati Kampung Baru Cina Batu 14 Hulu Langat adalah di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB) Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat (PTDHL) dan bukan berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Walau bagaimanapun pihak MPKj mengambil maklum perkara ini dan bersedia memberi kerjasama kepada PTDHL sekiranya diperlukan