Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
205) ELAUN STAFF PUSAT KHIDMAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah elaun Staff Pusat Khidmat mahu dinaikkan? Bantu serta hargailah kerana mereka bertugas tidak mengira masa.
Bagi menangani masalah beban kerja Kerani Pusat Khidmat yang tinggi, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 17/2019 bertarikh 26 Jun 2019 telah pun meluluskan tambahan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat daripada tiga (3) orang kepada empat (4) orang. Keputusan tersebut telah dikuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Pertambahan tersebut melibatkan pertambahan kos bayaran gaji sebanyak RM448,000.00 sebulan dan caruman KWSP sebanyak RM63,440.00 sebulan. Kos tahunan adalah sebanyak RM 6,137,280.00. Sebarang cadangan untuk menaikan elaun kerana sedia ada akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi dan perlu dilihat bersekali dengan jawatan Contract for Service yang laian. Walau bagaimanapun, sebagai inisiatif tambahan, semua Kerani PKM layak mendapat Kad Peduli Sihat bagi membolehkan mereka mendapat kemudahan rawatan kesihatan.