Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
192) SISTEM LONGKANG TAMAN SRI NANDING
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selepas banjir yang melanda Taman Sri Nanding baru-baru ini, sistem longkang di sana yang tidak terancang telah menyukarkan kerja pembersihan, apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
Kajian terperinci akan dilakukan oleh konsultan bertauliah di dalam tempoh tiga (3) bulan untuk mengenalpasti masalah-masalah sistem perparitan yang tidak sistematik di kawasan terlibat.