Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

185) PROJEK D44 RAKYAT MEMAKI HAMUN MPAJ

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bukankah MPAJ hanya bertindak dalam skop dan bidang kerja yang ditetapkan? Tanpa pembelaan diri, yang pasti berlaku adalah terhakisnya kredibiliti MPAJ. Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak MPAJ?

    Untuk makluman Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hanya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan untuk meluluskan permit bagi pelaksanaan projek pembentung yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun tindakan pemantauan secara berkala dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur MPAJ bagi memastikan projek ini disiapkan segera seperti dijadualkan dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Aspek teknikal amatlah dititik beratkan kerana ianya merupakan projek bagi penyelesaian jangka masa panjang dalam menyelesaikan permasalahan kepada masyarakat setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.