Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
184) PENEMPATAN BARANG-BARANG BENCANA BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji semula penempatan barang-barang logistik mangsa banjir yang ada sekarang? Ianya perlu di susun semula bukan hanya disimpan di satu tempat sahaja.
Tempat penyimpanan barang-barang keperluan asas mangsa bencana di negeri Selangor setakat ini adalah di Depot Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Sg Buloh, 11 stor Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 1 pangkalan hadapan di Pulau Ketam, Klang.
JKM kini telah mengenalpasti dan akan mengemaskini PPS yang bersesuaian di setiap daerah untuk dijadikan sebagai pangkalan hadapan bagi penempatan barang-barang keperluan asas mangsa bencana. Penempatan barang-barang keperluan mangsa bencana ini akan dibuat dibeberapa pangkalan hadapan yang dikenal pasti berdekatan dengan kawasan risiko bencana atau mudah terputus hubungan