Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
183) DEWAN TERBUKA DAN DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG BUKIT KAPAR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan kedua-dua dewan tersebut?
Dewan terbuka ini sedang dalam pelaksanaan pembinaan oleh Majlis Perbandaran Klang melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Tempoh kerja adalah selama 5 bulan bermula pada tarikh 15 November 2021 sehingga 3 April 2022. Manakala Dewan Orang Ramai sedia ada adalah di bawah kawalan Pejabat Daerah dan Tanah Klang.
-
Bilakah manfaat tersebut dijangka dapat dinikmati rakyat setempat?
Dewan terbuka ini dijangka dapat dinikmati oleh rakyat setempat pada bulan Mei 2022 selepas penyiapan kerja disempurnakan pada bulan April 2022 dan serahan dibuat kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Manakala Dewan Orang Ramai bergantung kepada pelan pelaksanaan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang.