Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

182) PEMBANGUNAN TEPI SUNGAI

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan syarat-syarat yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri sebagai syarat-syarat wajib bagi pembangunan tepi sungai, terutamanya selepas banjir yang berlaku pada Disember 2021.

    Untuk makluman, sebarang permohonan pembangunan kekal di tepi sungai adalah tidak dibenarkan. Permohonan pembangunan hendaklah :

    a) menyediakan keperluan simpanan borrowpit dan simpanan rizab sungai yang diukur dari tebing tertinggi paras air sungai adalah dikekalkan.

    b) Kawasan rizab sungai yang terlibat dengan pembangunan hendaklah dinaiktaraf dengan rekabentuk sungai pada kadar alir tempoh ulangan 100 tahun (100 ARI) dan menyediakan zon penampan berdasarkan kelebaran sungai. Sebarang cadangan penstrukturan & penstabilan tebing sungai perlu merujuk JPS Selangor terlebih dahulu bagi tujuan semakan selanjutnya.

    c) Sekiranya terdapat cadangan jajaran jalan keluar masuk yang berada dalam rizab sungai disyaratkan hanya cadangan jalan keluar masuk yang tidak melibatkan sebarang struktur kekal sahaja. Jajaran jalan yang dicadangkan perlu mengambilkira keperluan laluan penyenggaraan sungai dan borrowpit serta keperluan limpahan air sungai semasa waktu puncak. Walaubagaimanapun cadangan pembangunan yang berada di dalam rizab sungai dengan jarak 0m – 25m adalah tidak dibenarkan dan perlulah dikekalkan sebagai zon penampan sungai dan dataran banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.