Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
173) PLOT RATIO
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kaedah menetapkan plot ratio untuk setiap PBT di Negeri Selangor adalah sama?
Nisbah plot atau plot ratio merupakan salah satu alat yang digunakan untuk mengawal kepadatan bagi satu-satu lot pembangunan khususnya bagi pembangunan perniagaan dan juga perindustrian. Kaedah penentuan plot ratio adalah berdasarkan Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.
Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ketiga) yang diluluskan pemakaiannya di MMKN ke 35/2016 pada 19 Oktober 2016 dan disahkan di MMKN ke 36/2016 pada 26 Oktober 2016 menyatakan bahawa pengiraan nisbah plot adalah nisbah antara ruang-ruang utiliti, ruang pengudaraan, tangga koridor dan teres serta tidak termasuk tempat letak kereta bertingkat dan tempat letak kereta bawah tanah dengan luas plot bangunan sebagaimana yang diukur antara garisan sempadan ukur atau, jika tidak ada garisan sempadan ukur, antara garisan sempadan sementara.