Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

169) VAKSIN SELANGOR SELVAX

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima vaksin Selangor SelVAX mengikut DUN.

    Sehingga 28 Februari 2022, sebanyak 172,100 orang penerima dos vaksin primer (344,200 dos vaksin telah diperuntukkan) bagi Program SelVAX Komuniti dan seramai 92,668 orang telah menerima dos penggalak menerusi program SelVAX. Tiada pecahan mengikut DUN.

  2. Nyatakan jumlah keseluruhan kos operasi melibatkan program vaksin Selangor SelVAX.

    Perkara berkaitan kos adalah termaktub dibawah “Non-Disclosure Agreement” yang telah ditandatangani.

Lampiran

Tiada Lampiran.