Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

163) PRESTASI EXCO

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setiap EXCO seharusnya mempunyai sasaran keberhasilan bagi setiap portfolio dibawah tanggungjawab mereka.Apakah sasaran keberhasilan setiap EXCO untuk tahun ini?

    Secara umumnya, semua Y.B. AMMKN mensasarkan program/ projek yang memberikan manfaat penuh kepada rakyat disamping memastikan pembangunan negeri yang mampan tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM1.123 bilion dalam mencapai sasaran serta perancangan sepertimana yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor di dalam ucapan Belanjawan Tahun 2022.

    Berikut adalah sasaran serta perancangan utama yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 mengikut porfolio Y.B. AMMKN:

    (i) Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari: Jawatankuasa Tetap Kewangan, Ekonomi, Pembangunan Tanah, Sumber Alam, Komunikas Strategik, Pendidikan, Pembudayaan Inovasi, Smart Selangor Dan Pengurusan Bencana.

    a) Melaksanakan dasar memudahcara perniagaan (ease of doing business).
    b) Menjadikan Serendah sebagai sebuah hab logistik.
    c) Melaksanakan pembangunan lestari Sungai Klang.
    d) Menubuhkan Selangor Digital School (SDS).
    e) Menubuhkan Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit (SIAP).
    f) Melaksanakan kerjasama strategik dan program bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
    g) Memudahkan urusan pembayaran cukai tanah dan cukai petak melalui portal eSemakan dan eBayaran Cukai Tanah.
    h) Menjenamakan program kesejahteraan sosial di bawah pakej Iltizam Selangor Penyayang.
    i) Meneruskan Program Tuisyen Rakyat dengan portal pembelajaran ePTRS.my dan pengukuhan kemahiran guru.
    j) Memberi subsidi yuran KAFA berjumlah RM30 sebulan.
    k) Memperkasa IPT dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.
    l) Memperuntukkan sebanyak RM3 juta buat UNISEL dalam menyediakan data internet bagi kegunaan para mahasiswa.
    m) Melancarkan perkhidmatan Super App E-Dompet Selangor.
    n) Membangunkan aplikasi Go Selangor sebagai aplikasi rasmi pelancongan negeri.
    o) Memperkasa Program Selangor Advance.
    p) Meneruskan program Rakan Digital dan Platform Selangor (PLATS) bagi membantu pengusaha kecil dan sederhana.
    q) Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui Data Raya Selangor.
    r) Mewujudkan Unit Keselamatan Siber Selangor.
    s) Menambah unit CCTV menerusi inisiatif Smart Selangor.
    t) Membangunkan Selangor State Data Exchange (SELGDX).
    u) Mewujudkan Rancangan Selangor Satu (RS-1).

    (ii) Y.B. Dato’ Teng Chang Khim: Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan & Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

    a) Menganjurkan Selangor International Business Summit 2022.
    b) Menubuhkan Selangor Aviation and Technology Innovations Sdn. Bhd. (SELATI), Pusat Kecemerlangan SELATI-UNISEL School of Aviation, Selangor Skills Framework & Career Pathway bagi Industri Aerospace.
    c) Menganjurkan Selangor Aviation Show 2022.
    d) Menubuhkan Majlis Industri Rel Negeri Selangor.
    e) Membangunkan Selangor International Aero Park di Sepang meliputi Zon Perdagangan Bebas, teknologi hijau serta sumber tenaga boleh diperbaharui.

    (iii) Y.B. Puan Rodziah binti Ismail: Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar & Pembangunan Usahawan

    a) Membangunkan kompleks perumahan pekerja Selangor.
    b) Menambahbaik skim-skim pembiayaan HIJRAH.
    c) Memperluas Geran Padanan Digital SIDEC.
    d) Meneruskan bantuan usaha mikro melalui Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS). Setiap pemohon akan dipertimbangkan bantuan sehingga RM30 ribu.
    e) Menyediakan insentif galakan pembinaan rumah mampu milik pasca COVID-19.
    f) Memperuntukkan RM10.77 juta di bawah Tabung Amanah Rumah Mampu Milik bagi pembelian Skim S2-OWN.
    g) Mewujudkan skim Insurans Pangsapuri Kos Rendah Negeri Selangor.

    (iv) Y.B. Tuan Ganabatirau a/I Veraman: Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat, Pemberdayaan Pekerja & Kerajaan Prihatin

    a) Meneruskan program bantuan peralatan usahawan India Selangor (iSEED).
    b) Menubuhkan Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS).
    c) Meneruskan Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah Kerajaan Prihatin dengan jumlah peruntukan RM2 juta.
    d) Melaksanakan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri dengan nilai RM10 ribu setiap permohon.
    e) Mewujudkan Dana Bantuan Guaman Selangor sebanyak RM1 juta melibatkan kerjasama Selangor Bar Council dan Selangor Legal Aid Centre.

    (v) Y.B. Tuan Ir. Izham bin Hashim: Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pertanian & Perladangan dan Industri Asas Tani

    a) Memperkasa Jalur Lebar Industri Selangor (JALIN).
    b) Membangunkan ekonomi Sabak Bernam.
    c) Meningkatkan kemudahan infrastruktur melalui pembinaan jalan raya, jambatan dan jejantas.
    d) Memperkasa pengurusan pintar aset jalan raya melalui sistem yang dibangunkan oleh SELGEM Sdn. Bhd.
    e) Melaksanakan pembinaan Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam (Fasa 2B).
    f) Membangunkan Loji Rawatan Air Labohan Dagang Fasa 2 serta Loji Rawatan Air Sungai Rasau.
    g) Meningkatkan kualiti air bagi lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang.
    h) Membangunkan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Langat, Lembangan Sungai Klang dan juga Lembangan Sungai Selangor.
    i) Menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA).
    j) Melaksanakan projek Kolam Takungan Banjir di Rawang Integrated bagi mengatasi masalah banjir di Sungai Gong.
    k) Meneruskan projek Selangor Maritime Gateway sebagai usaha pemuliharaan Sungai Klang.
    l) Memperkenalkan program Agro Ehsan, Selangor.
    m) Memulakan pembangunan Selangor Smart Agro Park (SSAP) bagi projek hab sekuriti makanan berteknologi tinggi di Changkat Menteri, Sabak Bernam.

    (vi) Y.B. Tuan Ng Sze Han: Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pembangunan Kampung Baru

    a) Menaiktaraf kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.
    b) Mewujudkan program kemasyarakatan berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
    c) Melaksanakan penguatkuasaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran.
    d) Mewujudkan lebih banyak pusat kitar semula ke arah menurunkan impak negatif pembuangan sampah terhadap alam sekitar.

    (vii) Y.B. Puan Dr. Siti Mariah binti Mahmud: Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita & Keluarga

    a) Memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan peruntukan RM108 juta.
    b) Meneruskan program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dengan peruntukan sebanyak RM 27.5 juta.
    c) Memperkenalkan program Iltizam Anak Selangor dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang baru lahir.
    d) Memberikan bantuan anak yatim akibat COVID-19 berjumlah RM1.25 juta.
    e) Memperkasa pembangunan wanita dan keluarga wanita melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS).
    f) Memperkenalkan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.
    g) Memperuntukkan RM200 ribu bagi membantu Pusat-Pusat Perlindungan Wanita.
    h) Mengembangkan modul baru Anak Istimewa Selangor (ANIS) iaitu modul persediaan ke sekolah.
    i) Mewujudkan Pusat Kehidupan Berdikari (Independent Living Centre – ILC) yang akan memberikan latihan kumpulan OKU.
    j) Mewujudkan Program Khas Pemeriksaan Kesihatan khusus untuk golongan ibu bapa anak OKU.
    k) Menubuhkan Majlis Kesihatan Awam Negeri Selangor atau Selangor Public Health Advisory Council (SelPHAC).
    l) Menggantikan Program Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dengan melaksanakan Iltizam Selangor Sihat.
    m) Menganjurkan Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam.
    n) Meneruskan Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor.
    o) Memperuntukkan sebanyak RM800 ribu untuk Program Insentif Rawatan Tibi.
    p) Memperuntukkan RM1 juta di bawah Program Kanser Selangor (CanSEL)
    q) Melaksanakan Program Saringan Kesihatan Percuma (Saring Selangor) dengan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.
    r) Mengaktifkan semula Program Slim Selangor.
    s) Meneruskan Bantuan Sihat Selangor (BSS).
    t) Melaksanakan pencegahan dan kawalan denggi dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.
    u) Menubuhkan Program Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA).
    v) Meneruskan program bantuan nutrisi makanan kanak-kanak yang dinamakan sebagai Anak Selangor Anak Sihat (ASAS).
    w) Memperuntukkan RM 200 ribu bagi tujuan pemeriksaan kesihatan mata anak-anak di seluruh Selangor.
    x) Mewujudkan perkhidmatan dalam talian Selangor Mental Sihat dengan mengintegrasikan modul dan fungsi SEHAT ini ke dalam aplikasi SELangkah.

    (viii) Y.B. Tuan Hee Loy Sian: Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Teknologi Hijau & Hal Ehwal Orang Asli

    a) Menyediakan Geran Bantuan Pemulihan kepada penggiat industri pelancongan untuk tahun 2022 (Pakej Kita Selangor).
    b) Memperkasa kempen promosi pelancongan negeri Selangor (Kempen Pusing Selangor Dulu & Kempen Splendid Selangor).
    c) Menyediakan SOP pelancongan “Selamat Dan Sihat” untuk Negeri Selangor.
    d) MenganjurkanAcara Persidangan Pelancongan Tourism Selangor Global Convention.
    e) Membangunkan infrastruktur pelancongan dan kraftangan.
    f) Menyantuni Orang Asal dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi memberi membaikpulih dan menaiktaraf kediaman perkampungan Orang Asal.
    g) Menyediakan insentif kepada semua perniagaan dan industri yang telah melabur dalam infrastruktur EV termasuk pengurangan fi lesen perniagaan dan cukai taksiran.
    h) Meneliti kebolehlaksanaan penggantian kenderaan milik agensi Kerajaan Negeri serta anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari kenderaan diesel atau petrol kepada EV secara berperingkat.
    i) Menyasarkan 1,000 pengecas EV dipasang pada tahun 2022.
    j) Menubuhkan Selangor Green Council bagi menyokong inisiatif pembangunan dan pertumbuhan sektor Teknologi Hijau di negeri ini.
    k) Memperuntukkan RM600 ribu bagi tujuan Pemasangan Produk Teknologi Hijau dan Pembangunan Kejiranan Hijau di Negeri Selangor.
    l) Memperuntukkan RM800 ribu untuk semua Dewan Undangan Negeri bagi melaksanakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 juta pokok.
    m) Menggiatkan usaha memulih kawasan hutan rosot terutamanya di Kuala Langat dengan menanam semula pokok-pokok kayu-kayan di kawasan tersebut.

    (ix) Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Haji Othman: Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan

    a) Menambahbaik Dasar Belia Selangor 2014 dengan membentuk Dasar Belia Selangor 2020.
    b) Sebanyak RM2.8 juta telah diperuntukkan bagi program dan aktiviti Penggerak Belia Selangor (PeBS).
    c) Melaksanakan program pembangunan e-sukan akan diberi fokus ke daerah-daerah di negeri Selangor.
    d) Meneruskan inisiatif RiDE dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.
    e) Membaikpulih infrastruktur sukan yang mengalami kerosakan dan membina baru infrastruktur sukan yang terdapat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dengan peruntukan RM4 juta.
    f) Menganjurkan Liga Akar Umbi dengan peruntukan RM1 juta.

    (x) Y.B. Tuan Borhan bin Aman Shah: Jawatankuasa Tetap Luar Bandar, Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan

    a) Memperluaskan aktiviti-aktiviti di bawah Program Rentak Selangor dengan menerapkan perkembangan kebudayaan tradisi lisan seperti syair, pantun, gurindam dan puisi termasuk qasidah dan berzanji
    b) Mensasarkan pelbagai aktiviti program kebudayaan dengan memberi manfaat kepada golongan seni dan kebudayaan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.2 juta.
    c) Menjadikan Shah Alam Modern & Contemporary Arts (SAMA) sebagai mercu tanda kebudayaan baru di Selangor.

    (xi) Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni: Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Hal Ehwa Pengguna & Industri Halal

    a) Memperkasa Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS) dengan peruntukan sebanyak RM400 ribu.
    b) Menubuhkan Kursi Siddiq Fadzil di UNISEL bagi menggalakkan wacana keharmonian serta kesederhanaan.
    c) Menyempurnakan pembinaan tiga buah masjid iaitu Masjid Kota Damansara 2 (Seksyen 9) di Daerah Petaling, Masjid Al-Ehsan Kampung Tok Muda di Daerah Klang dan Masjid Kampung Sungai Serai 13 di Daerah Hulu Langat.
    d) Membina empat buah sekolah baru iaitu Sekolah Rendah Agama Kota Kemuning, Sekolah Rendah Agama Bandar Saujana Putra, Sekolah Rendah Agama Bandar Teknologi Kajang dan Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa Fasa 1 di Hulu Selangor.
    e) Menaiktaraf dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 dan Sekolah Rendah Agama Seksyen 7 Shah Alam.
    f) Iltizam Terjemahan Karya Agung Islam akan dimulakan dengan karya Ihya’ ‘Ulumuddin dengan geran permulaan sebanyak RM1 juta.
    g) Memperuntukkan RM2 juta untuk Taman Perindustrian Halal pertama di Malaysia iaitu Pulau Indah Halal Hub.
    h) Mewujudkan portal halal dalam talian secara berpusat iaitu Platfom Perniagaan Dalam Talian IMFAN (International Muslim Friendly Affiliated Network) untuk semua pihak yang mempunyai kepentingan kepada industri halal di Negeri Selangor.
    i) Mewujudkan pangkalan data bahan halal Central Information Platform (CIF).
    j) Membina Gudang Simpanan Eksibit yang serba moden di Negeri Selangor dengan peruntukan sebanyak RM 500 ribu.
    k) Memperluaskan kempen kesedaran pengguna termasuk kempen bebas plastik dan polisterina, kempen kutipan minyak masak terpakai dan kempen bebas straw plastik.

     

  2. Bagaimanakah prestasi semasa setiap EXCO berdasarkan portfolio?

    Prestasi semasa setiap Y.B. AMMKN berdasarkan portfolio adalah mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, beberapa program/ projek yang telah dirancang bagi tahun 2020 dan 2021 terpaksa dipinda atau dibatalkan kesan daripada pandemik COVID-19 dan sebagai langkah penjimatan untuk penyaluran bantuan kepada rakyat.

    Selain itu, kebanyakan program/ projek yang dirancang setiap tahun adalah berdasarkan peruntukan pembangunan tahunan. Oleh itu, secara tidak langsung, prestasi setiap Y.B. AMMKN boleh diukur melalui prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan yang dibelanjakan. Berikut adalah prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan negeri Selangor bagi tahun 2018 hingga 2021:

    Bagi tahun 2021, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-31/2021 pada 15 September 2021 telah menetapkan supaya kawalan perbelanjaan peruntukan pembangunan bagi tempoh berakhir sehingga tarikh penutupan akaun adalah dengan had perbelanjaan sehingga 70%. Sasaran ini ditetapkan bagi tujuan mengimbangi pengurangan kutipan hasil semasa tempoh suku tahun ketiga tahun 2021.

    Ringkasan jumlah program beserta prestasi pencapaian setiap proftfolio Y.B. AMMKN bagi tahun 2018 hingga 2021 adalah seperti di Lampiran A.

  3. Adakah keberhasilan yang boleh dibanggakan oleh setiap EXCO sejak 2018 dan bagaimanakah ia diukur?

    Jawapan adalah sama seperti di atas (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.