Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

160) PELANCONGAN TOKONG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berhasrat untuk membangunkan pelancongan tokong untuk membantu pihak agama bukan Islam yang terkesan pada tempoh COVID-19 ini?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sememangnya telah giat mempromosikan dan membangunkan pakej dan jadual lawatan pelancongan yang melibatkan tokong di beberapa daerah di Negeri Selangor sebagai salah satu produk pelancongan yang berkonsepkan kesenian, kebudayaan dan warisan.

    Pihak Tourism Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan PBT telah menjalinkan kerjasama yang baik bersama pihak pengurusan tokong dalam mempromosikan produk pelancongan tokong ini. Kerjasama ini juga melibatkan agensi pelancongan untuk mereka membawa para pelancong ke tokong tersebut. Beberapa produk yang telah terkenal adalah seperti yang berikut:-

    I. Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Kuala Langat
    II. Tian Fu Gong Temple, Kuala Selangor
    III. Tian Hock Temple, Kuala Selangor
    IV. Tien Hock Kong Temple, Sabak Bernam
    V. Kuan Yin Temple, Klang
    VI. Guan Yin Gu See Temple, Hulu Selangor
    VII. Shen Sze She Yar Temple, Kajang

    Tokong-tokong ini juga sememangnya telah dimasukkan kedalam beberapa inisiatif pembangunan pakej dan program pelancongan warisan Negeri Selangor bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong melalui program promosi yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dan beberapa persatuan dan NGO pelancongan seperti yang berikut:-

    a) Program Royal Klang Town Heritage Walk
    b) Program Kajang Heritage Walk
    c) Pakej Pelancongan bagi Program Hos Komuniti Negeri Selangor
    d) Pakej Pelancongan Kebudayaan dan Warisan Negeri Selangor

  2. Jika ada, apakah rancangan/bantuan tersebut?

    Jawapan adalah sama seperti di atas (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.