Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
157) PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) MANGSA BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor menyemak semula PPS yang ada dari segi logistik dan penyesuaian tempat yang disediakan untuk mangsa banjir?
Berdasarkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.20 (Semakan Semula): Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, JKM bertanggungjawab dalam menyedia dan menyelenggara pusat pemindahan mangsa-mangsa bencana.
Sebanyak 610 buah PPS diseluruh negeri Selangor telah didaftarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). Susulan kejadian banjir yang melanda negeri Selangor pada Disember 2021, JKM telah membuat semakan semula PPS yang ada dari segi logistik dan kesesuaian tempat yang disediakan untuk mangsa bencana. Senarai cadangan PPS baharu akan diputuskan oleh JPBD masing-masing.
MAKLUMAT TAMBAHAN