Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
151) KEROSAKAN STRUKTUR BANGUNAN DAN MENDAPAN TANAH DI TAMAN DESA IDAMAN, OLAK LEMPIT, DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kerosakan struktur rumah dan pemendapan tanah di Taman Desa Idaman, Olak Lempit, Kuala Langat?
Sesi perbincangan bagi penyelesaian masalah tersebut telah dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu pada 18.10.2021 & 05.01.2022 antara pihak majlis, pemaju, perunding, penduduk dan agensi teknikal yang berkaitan.
Pihak pemaju telah mengambil tanggungjawab dengan melaksanakan kerja-kerja pembaikan rumah yang terlibat. Pihak pemaju telah mengemukakan kaedah pembaikan kerosakan dan akan dipantau oleh pihak perunding.
Satu sesi penerangan pembaikan rumah di tapak oleh pihak perunding dan pemaju kepada pemilik rumah juga telah dibuat pada 15.01.2022.
Status terkini pembaikan rumah sebagai contoh untuk pemilik sedang dilaksanakan oleh pemaju.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju Upicon United Sdn Bhd agar segera menjalankan kerja-kerja pembaikan supaya keselamatan penduduk terjamin?
Pihak Majlis telah kemukakan laporan berkaitan isu ini kepada pihak Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tindakan lanjut.