Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

150) KLINIK GIGI TANJUNG KARANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan klinik gigi Tanjung Karang?

    Projek pembinaan Klinik Pergigian Tanjung Karang telah mencapai kemajuan fizikal sebenar sebanyak 33.23% berbanding kemajuan jadual 32.94% sehingga 31 Januari 2022 iaitu mendahului jadual kemajuan projek dan dijangka siap pada 11 Ogos 2023.

  2. Berapakah jumlah peningkatan perbelanjaan pembinaan klinik gigi tersebut dan faktornya?

    Tiada berlaku kenaikan kos pembinaan sehingga kini

Lampiran

Tiada Lampiran.